LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG 7, 8 HINGGA 9 OGOS 2019


Berpegang kepada pepatah “Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”, maka Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Alam Damai, Kuala Lumpur telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Pulau Pinang. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar istimewa. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.





           
                                                                                     OBJEKTIF

  •      Pelajar dapat mengenali tempat-tempat bersejarah dan tersohor.
  •      Pelajar dapat menyesuaikan diri berada dalam persekitaran yang berlainan dari kebiasaan
  •      Pelajar dapat meningkatkan kemahiran sosial