MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS JPWPKL TAHUN 2016

Pada 12 dan 13 April 2016 telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas JPWPKL. SMK Alam Damai telah terpilih sebagai tuan rumah bagi majlis ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Bangsar Pudu iaitu Tn. Hj Ismail Bin Musa.

Alhamdulillah...berkat kerjasama dari semua guru PPKI SMKAD dan jawatankuasa yang lain, maka majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya.

PPKI SMKAD turut menggondol tempat ketiga dalam 3 acara yang dipertandingkan iaitu, Hafazan (P) dan Bacaan Al-Quran (P) yang dimenangi oleh Nur Syahirah Amani dan Bercerita Kisah Nabi (L) yang dimenangi oleh Muhammad Nazim Bin Nazir.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA



JOHAN PERTANDINGAN NASYID, SMK BANDAR BARU SENTUL






PERTANDINGAN BERCERITA KISAH NABI