TERAPI BERKUDA KALI KEDUA 2019

Pada  5/9/2019 PPKI SMK Alam Damai telah mengadakan program sokongan iaitu Terapi Berkuda. Program ini bertembat di Pusat Rekreasi Berkuda, Taman Tasik Titiwangsa. Seramai 29 murid, 5 guru dan 2 orang PPM terlibat dalam menjayakan program ini.Terapi berkuda membantu meninggkatkan keyakinan diri, meningkatkan keseimbangan badan, mengurangkan kekejangnan otot, meningkatkan tumpuan, dan lain-lain, ianya sesuai untuk klien seperti Stroke, Cerebral Palsy, Down syndrome, ADHD, learning disability, dan sebagainya.