MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN SAMBUTAN HARI LAHIR (JAN-JUN) 2017

Setiap tahun, menjelang Syawal, PPKI SMK Alam Damai pastinya akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun ini sambutan Hari Raya digabungkan bersama dengan sambutan Hari Jadi pelajar, guru dan PPM yang jatuh dalam bulan Januari hingga Jun. Alhamdulillah, majlis yang diadakan pada 12 Julai yang lalu berjalan dengan meriahnya. Terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan sumbangan wang dan makanan bagi memeriahkan lagi majlis kali ini.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis.