PERSEDIAAN PROJEK TERAPI KOLAM IKAN

Projek Terapi Kolam Ikan merupakan antara projek PPKI SMKAD yang terbesar. Melalui projek ini, pelajar-pelajar akan diajar teknik dan cara-cara menternak ikan air tawar seperti ikan talapia. Projek ini adalah di bawah bimbingan dan seliaan Pn. Siti Nur Elainee. Berikut merupakan perkembangan dan persediaan awal yang dilakukan dalam menjayakan projek ini.

Cikgu Elainee dan beberapa orang pelajar berehat selepas penat membersihkan kolam

 Pekerja-pekerja memasang alat kelengkapan dan saliran kolam ikan



Aksesori untuk menghiasi kolam ikan


Kolam ikan setelah dimasukkan air 




Cikgu Akmal turut mebantu membuang daun-daun pokok yang masuk ke dalam kolam


Alhamdulillah, dengan kerjasama dari guru-guru dan pelajar, kolam ikan impian dapat diwujudkan.
Syabas dan tahniah kepada semua warga PPKI