PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN 2016

Alhamdulillah...hampir sebulan berpuasa, hari ni baru berkesempatan untuk update gambar-gambar terkini aktiviti-aktiviti kami sepanjang bulan Ramadhan.

Antara aktiviti PPKI SMKAD yang telah berjaya dilaksanakan dalam bulan Ramadhan ini adalah seperti aktiviti Solat Dhuha secara berjemaah yang diimamkan oleh pelajar sendiri yang mana aktiviti ini dilaksanakan pada setiap hari sewaktu rehat pelajar.

Selain daripada itu, pelajar-pelajar telah berjaya menghasilkan dua jenis kuih raya iaitu, 'Honey Cornflakes' dan 'Crispy Crab'. Pelajar-pelajar juga berjaya menghasilkan sampul duit raya dengan hasil tangan sendiri.

In shaa Allah, diharap pada tahun hadapan, PPKI SMKAD dapat mengeluarkan produk kuih raya dan pelbagai lagi produk lain untuk dipasarkan.