MAJLIS PENUTUP BULAN PATRIOTIK

Sempena Majlis Penutup Bulan Patriotik 2016, pelajar-pelajar PPKI SMK Alam Damai telah diminta untuk membuat persembahan nyanyian. 
Alhamdulillah, dengan latihan yang mencukupi, mereka telah berjaya membuat persembahan yang baik. Lagu yang dipilih adalah yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad iaitu Warisan. Nyanyian disampaikan oleh Farah Aisyah dengan disertai bacaan sajak oleh Muhammad Luqman. Persembahan ini turut melibatkan beberapa orang pelajar lain yang mengibarkan bendera Malaysia.