MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PIBG TAHUN 2016

Sebagai mengakhiri tahun 2016, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Alam Damai telah menganjurkan Majlis Makan Malam Amal pada 18 November 2016 bagi meraikan anak-anak yatim, asnaf dan pelajar istimewa. Majlis ini melibatkan seramai 20 orang pelajar PPKI SMKAD yang mana 10 daripadanya terlibat dalam persembahan Tarian Portugis. Ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dalam persembahan tarian kerana telah berjaya memberi persembahan yang hebat semasa pembukaan majlis. Persembahan tarian tersebut dibimbing oleh cikgu Siti Ainulmursyida dibantu oleh guru-guru PPKI SMKAD yang lain.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis:






Updated by: Siti Ainulmursyida Bt Shamsudin