LAWATAN KE MUZIUM COKLAT

Pada 6 Oktober yang lalu, PPKI SMKAD telah berjaya menganjurkan aktiviti lawatan ke Muzium Coklat yang terletak di Kota Damansara. 
Dalam lawatan tersebut, pelajar diajar mengenal jenis-jenis coklat dan pelajar turut diajar cara-cara untuk membuat coklat.
Selepas sesi penerangan bersama pegawai yang terlibat, pelajar diberi peluang untuk merasa keenakan coklat dan pelajar juga boleh membeli coklat di Muzium tersebut.

Selepas lawatan ke Muzium Coklat, pelajar dibawa melawat dan makan tengah hari di Taman Rimba Riang yang terletak berhampiran muzium tersebut. 

Tahniah kepada semua guru PPKI SMKAD yang telah berjaya menganjurkan lawatan tersebut.

Berikut merupakan gambar kenangan sepanjang lawatan di sana.