MAJLIS HI-TEA DAN SAMBUTAN HARI LAHIR TAHUN 2016

Seperti biasa, pada setiap hujung tahun, PPKI SMK Alam Damai pastinya akan mengadakan Majlis Hi-Tea bagi meraikan pelajar-pelajar istimewa. Majlis kali ini diadakan bertempat di Hotel Ibis, Cheras. Majlis diadakan bersama dengan sambutan hari lahir warga PPKI SMKAD yang lahir pada bulan Jun hingga bulan Disember.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan disambut dengan meriahnya. Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti Kotak Beracun, Pertandingan Karaoke, Mencari Harta Karun dan Pertandingan 'Musical Chair'. Ibu bapa pelajar juga turut hadir bersama untuk memeriahkan Majlis.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis: