MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2019

Pada hari Khamis, 25 April, JPWPKL telah menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran peringkat Negeri. Antara acara yang dipertandingkan ialah, tilawah al quran, hafazan, seni khat, pertandingan bercerita dan nasyid. SMK Alam Damai telah menghantar seramai 15 peserta. Alhamdulillah SMK Alam Damai mendapat tempat ketiga dalam acara tilawah al quran dan tempat ketiga dalam pertandingan nasyid. Apa yang paling membanggakan solo terbaik telah dimenangi oleh Norman Haziq dari SMK Alam Damai.