PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT WILAYAH 6-8 MAC 2019

Pada 6 hingga 8 Mac 2019  , Unit Beruniform  Pengakap Kuala Lumpur telah membuat program perkhemahan di Eco Rimba Komenwel Rawang. Sebanyak 60 buah sekolah sekitar Wilayah yang terlibat. SMK Alam dapat telah menghantar 3 orang peserta bersama seorang guru pengiring iaitu Puan Nor Nabilah binti Abd Rahman.
 Objektif perkhemahan ini adalah untuk memberi pendedahan ahli pengakap kelana berkenaan aktiviti luar pengakap selain meningkatkan ilmu jati diri pelajar. Pelajar dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan dengan cara balutan & ikatan luka yang sesuai.