MAJLIS TAUTAN MARHABAH 2019

Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah dan kurnia dariNya, Majlis Tautan Mahabbah dan Program Badan Kebajikan PPKI 2019 berjalan dengan lancar. Majlis berlangsung pada hari Ahad bersamaan 10 Mac 2019. Majlis ini diadakan di bilik rekreasi PPKI, SMK Alam Damai, bermula dari jam 11.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang. Majlis ini telah mendapat sambutan yang meriah hampir daripada semua ibubapa PPKI termasuk pihak pentadbir guru-guru, PPM.
Pada jam 11.00 pagi, semua guru dan PPM telah mula berkumpul di bilik rekreasi untuk urusan pendaftaran ibubapa. Majlis bermula agak lewat kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan kerana majlis berlangsung selepas Larian Damai Sekolah.
Tepat jam 11.30 pagi, majlis yang dipengerusikan oleh Puan Nor Amalina Bt Mohammad Nor bermula. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Firdaus Bin Mohd Akhir. Seterusnya adalah ucapan perasmian oleh En Rosli bin Omar (Penolong Kanan Pendidikan Khas). Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini.
Majlis diteruskan dengan tayangan montaj atau slide presentation yang telah disediakan oleh Puan Norina Bt Aziz dan Puan Siti Elainee Bt Arifin. Tayangan tersebut memaparkan tentang aktiviti anak-anak PPKI yang telah dijalankan sepanjang awal tahun ini.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan perbincangan usul-usul daripada ibu bapa. Majlis juga telah membuat pemilihan jawatankuas badan kebajikan 2019 yang baru bagi menggantikan jawatankuasa 2018. Pemilihan dilakukan dengan cadangan dan sokongan daripada ibubapa dan guru-guru PPKI. Perlantikan jawatankuasa badan kebajikan 2019 telah diberi tanggungjawab untuk mengelola kebajikan PPKI agar lebih efisyen.
Majlis bersurai kira-kira jam 2 petang. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua Badan Kebajikan PPKI 2019. Sesi bergambar dengan ahli jawatankuasa yang baharu telah dilaksanakan.