MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA IBUBAPA 2019


Pada hari Rabu 19/6/2019 satu majlis sambutan hari raya telah diadakan di peringkat PPKI dengan kerjasama Persatuan Kebajikan PPKI SMKAD. Program ini juga amat bermakna bagi semua warga sekolah kerana dapat
mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Justeru program ini dirancang
dengan penuh kemeriahan. Selain jamuan hari raya, kita juga akan dihiburkan dengan
persembahan anak-anak didik kita yang bersama merayakan kemenangan setelah
berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Semoga Allah mengurniakan segala
kebaikan dan kejayaan kita dunia dan akhirat.