MAJLIS JASAMU DIKENANG MERAIKAN PUAN SURYATI BIN MOHAMAD

Majlis  Jasamu  Dikenang  meraikan Puan Suryati Bin Mohamad (PPM)  telah diadakan pada 16 Julai  2021 bersamaan dengan Hari Jumaat  bertempat di kediaman masing-masing melalui aplikasi Google Meet. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Puan Pengetua , Puan Norlela binti A Wahid, Encik Rosli  bin Omar selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru-guru, PPM dan juga murid-murid PPKI yang tidak melepaskan peluang untuk memberikan lambaian terakhir kepada kakak PPM kesayangan mereka. 

Puan Suryati atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Tie oleh murid-murid, dalam ucapannya menyatakan beliau sangat menghargai pengalaman bekerja di SMK Alam Damai dan merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu beliau samada secara langsung dan juga secara tidak langsung. Terlalu banyak kenangan indah yang tidak dapat dilupakan. 




PERSEMBAHAN MONTAJ MAJLIS PERPISAH PUAN SURYATI BT MOHAMAD (KAK TIE)