Mini camp day 2021

 

Mini camp day 2021


ANJURAN

UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SMK ALAM DAMAI


Perkembangan potensi murid-murid berkeperluan khas sentiasa dipupuk dari pelbagai aspek yang berbeza mengikut kemampuan murid agar ianya selari dengan Falsafah Pendidikan Khas. Menyedari hakikat tentang keperluan berdikari dan berdaya saing dalam kelompok masyarakat umum, program Mini Camp Day dijalankan sebagai kemuncak aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu setiap minggu persekolahan di bawah Unit Beruniform Pengakap. Melalui program ini murid-murid didedahkan dengan beberapa jenis kemahiran yang terdapat dalam aktiviti pengakap termasuklah perkhemahan, masakan rimba, dan juga pembuatan gajet. Program ini merupakan titik permulaan ke arah melahirkan murid-murid pendidikan khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan setelah tamat persekolahan kelak. 


OBJEKTIF PROGRAM 

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam aktiviti asas pengakap.

2. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif dalam penghasilan gajet.

3. Melahirkan murid pendidikan khas yang mampu berdikari dan berdaya saing.  

4. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan melalui sumber semulajadi.



                                   AKTIVITI YANG DIJALANKAN 



                                   MEMBINA GAJET PENGAKAP













                                     PERTANDINGAN MEMASAK