KEJOHANAN SUKAN PADANG DAN BALAPAN SMK ALAM DAMAI TAHUN 2017

Alhamdulillah, tanggal 8 Mac 2017 yang lalu, Kejohanan Sukan Padang dan Balapan telah berlangsung dengan jayanya. Pada tahun ini, Kejohanan Sukan telah diadakan bertempat di Stadium Universiti Pertahanan Malaysia. Pelajar-pelajar PPKI SMKAD terlibat dengan acara larian 100m, larian 50m dan larian 4x50m. Selain itu, PPKI juga turut menghantar pasukan kawad kaki yang disertai oleh seramai 20 orang murid bagi acara perbarisan. 
Alhamdulillah, bertemakan Penguin sebagai maskot, PPKI SMKAD telah berjaya mendapat Anugerah Penampilan Istimewa pada tahuhn ini. Syabas dan tahniah kepada semua warga PPKI SMKAD.