FESTIVAL KESENIAN & KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2017

Festival Kesenian & Kebudayaan Pendidikan Khas dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar dalan bidang seni & kebudayaan. Ternyata pelajar-pelajar kelainan upaya sememangnya pelajar yang istimewa kerana ramai yang dikurniakan bakat terpendam dalam bidang seni & kebudayaan.

PPKI SMK Alam Damai tidak kurang hebatnya kerana memiliki pelajar istimewa yang berbakat dalam seni & kebudayaan. Beberapa orang pelajar turut menyertai pertandingan yang dianjurkan. Antaranya adalah Pertandingan Menghias Tudung Saji, Mewarna batik, melukis lukisan arang, Nyanyian Solo dan Pertandingan Tarian Tradisional.


Pertandingan ini telah berlangsung pada 14 & 15 Mac 2017 bertempat di Kompleks Kraf, Jln Conlay. Walaupun, tidak mendapat tempat, diucapkan syabas & tahniah kepada semua pelajar PPKI SMKAD yang menyertai pertandingan ini kerana semangat dan keberanian yang ada.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar majlis.










































Disediakan oleh: Pn Siti Ainulmursyida Bt Shamsudin (Guru PPKI SMKAD)