PENYAMPAIAN HADIAH PDPR MURID PPKI

Majlis penyampaian hadiah PdPR murid PPKI berlangsung pada 6/10/2021, Rabu iaitu minggu pertama persekolahan selepas PdPR. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas , Encik Rosli bin Omar. 

Antara objektif program ini dijalankan ialah;

1. Mengiktiraf penglibatan murid-murid sepanjang PdPR

2. Mempamerkan contoh murid-murid cemerlang kepada murid-murid lain

3. Memberi galakan kepada murid-murid yang terlibat secara langsung dengan PdPR

4. Memberikan galakan kepada ibubapa supaya terus memberikan sokongan kepada anak-anak dalam mencapai kejayaan.