MAJLIS TAUTAN KASIH DAN SAMBUTAN HARI JADI PPKI 2021/2022

 Seperti biasa, pada setiap hujung tahun, PPKI SMK Alam Damai pastinya akan mengadakan Majlis Tautan Kasih dan Sambutan Hari Jadi bagi meraikan murid-murid istimewa. Majlis kali ini diadakan pada 19 February 2022  bertempat di Kelab Darul Ehsan, Ampang. Program ini digabungkan dengan majlis graduasi murid tahun akhir yang bakal menamatkan persekolahan hujung Februari ini. Seramai 9 orang murid tahun akhir telah diraikan. Majlis ini disempurnakan oleh Puan Norlela binti A  Wahid, Pengetua SMK Alam Damai.

Pelbagai aktiviti menarik  yang telah diadakan antaranya penyampaian hadiah hari lahir, permainan kotak beracun,  radio karat dan lai-lain. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan disambut dengan meriahnya. `