PROGRAM KECERIAAN PPKI 2021/2022

 

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih dapat  memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah merupakan elemen  penting dalam  meningkatkan mutu Pendidikan sesebuah sekolah .Iklim  sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Antara objektif Program Keceriaan Sekolah.

a. Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.

b. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan  dan prasarana di kawasan sekolah.

c. Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadapkewujudan institusi pendidikan mereka.

d. Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah.

e. Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan motivasi positif pembelajaran dalam kalangan pelajar